Thursday 17 January 2019

Susah ke menghafal dan menjaga Alquran?

Zaman sekarang sudah jadi perkara yang biasa menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz.. Teringat dahulu, ketika kak nis meminta izin nak masuk sekolah tahfiz, mak ayah rasa berat hati sebab sanak saudara memandang sekolah tahfiz tiada masa depan..

Teringat detik itu, tapi kini kadang bukan atas kehendak anak nak masuk sekolah tahfiz, tapi harapan ibu bapa sendiri..

Kenapa kak nis nak sangat masuk tahfiz sangat-sangat? Nanti kak nis kongsikan dalam post seterusnya..

Untuk kali ni kak nis nak kongsikan pesanan dan tip-tip menghafal dan menjaga Al-Quran daripada SYEIKH ABDUL MUHAIMIN.

Selamat membaca, semoga bermanfaat buat semua😊

Memahami tujuan menghafaz Al-Quran dan cara menjaga hafazan.

1. Apa tujuan menghafaz?
- Ada beza NIAT vs TUJUAN.
- Masalah utama masyarakat sekarang ialah tidak tahu tujuan ibadah.
- Setiap ibadah ada kelebihan tersendiri.
- Maka sekali lagi, kenapanak susah-susah hafaz Quran?
- Kalau nak dapat syafaat, ibadah lain pun boleh. Nak mak ayah dapat pahala, boleh doakan jer.
- Tujuan sebenar untuk menghafaz Al-Quran ialah untuk merebut ganjaran menjadi AHLULLAH (ahli Allah);
- Ibadah lain senang nak buat kecuali hafaz Al-Quran.
- Orang yang boleh muraja’ah (mengulangkaji hafazan/mengulang-ulang hafazannya) Al-Quran selama 2 jam setiap hari barulah boleh jadi Ahlullah!
- Ahlullah ni setiap hari dia akan baca Al-Quran.
- Untuk lancar hafazan, muraja’ah lah sekurang-kurangnya 3 juzuk.
- Muraja’ah bermaksud ulang balik hafazan tanpa melihat Al-Quran.
- Ada hadith sebut ramai orang munafiq ni terdiri daripada para huffaz (huffaz adalah kalimah plural kepada hafidz).
- Syeikh menyebut dia tak suka kalimah “al-hafidz” diletakkan selepas nama seseorang yang telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran, atau gelaran “al-hafidz” diberikan kepada seseorang yang telah tamat hafazan mereka.
- Sebab apa? Ia boleh merosakkan hati si penghafaz. Julukan al-hafidz ni Allah sahaja yang tahu. Sejauh mana kelancaran dia menghafaz kalimah Allah tu hanya Allah yang tahu.
- Ia juga boleh melemahkan semangat si hafidz ni untuk muraja’ah Al-Quran. Syeikh beri contoh: “tak payah lah beriya-iya muraja’ah, orang pun dah panggil aku al-hafidz!” Sedangkan itu adalah tipu daya syaitan untuk mengeluarkan dia daripada menjadi Ahlullah!

2. Ada 7 Tingkat-tingkat akhlak.
* Akhlak dengan Allah dan Al-Quran
* Akhlak dengan Nabi, hadith dan sunnah
* Akhlak dengan ilmu dan ‘ulama
* Akhlak dengan mak ayah
* Akhlak dengan keluarga, kerabat dan jiran.
* Akhlak dengan masyarakat islam/mujtama’
* Akhlak dengan masyarakat bukan islam.

- para huffaz terutamanya sangat perlu menjaga akhlak dia dengan Allah dan Al-Quran;
- Macam mana nak jaga akhlak dengan Allah?
- Janganlah buat apa yang Allah dan Rasul tak suka!
- Bila nak buat sesuatu, tanya dulu - “Allah suka tak aku buat ni?”

Syeikh pesan untuk jaga hafazan, jagalah 5 perkara ini:

1. Banyak masa dengan Allah.
- selalu bercakap-cakap/munajat kepada Allah tentang apa jua hal.
- kalau susah nak hafaz, mengadu dengan Allah terus dan minta dengan Dia mudahkan.
- kalau buat dosa, terus itstighfar, taubat minta ampun, janji tak buat lagi.
- apa sahaja masalah, selalulah bercakap-cakap dengan Allah.
- tak ada masalah pun, selalu munajat dengan Allah.
- inilah akhlak ahlullah.
- orang yang banyak masa dengan Allah, tak banyak masa untuk perkara-perkara lain.

2. Sucikan hati dari dendam, dengki hasad dan cinta dunia.
- biar hanya Allah sahaja ada dalam hati.
- selalu maafkan orang.
- maafkan semua orang.

3. Selalu berbincang dengan guru.
- minta pandangan guru.
- dengar nasihat guru.
- minta doa guru.

4. Qiamullayl.
- waktu qiam malam, boleh muraja’ah ayat (bawak dalam solat).
- masa qiam malam, boleh baca 4 maqra’/ separuh juzuk.
- muraja’ah yang lancar ialah satu juzuk dalam 15 min. Lalu Syeikh pun bacakanlah gaya muraja’ah yang lancar supaya boleh baca satu juzuk dalam 15 min. Masya Allah! TabarokAllah! Laaaajuuuu!
- orang macam kita biasanya satu juzuk habis dalam 30 min.

5. Jaga wirid (muraja’ah)
- orang yang dah hafaz 10 juzuk, sepatutnya muraja’ah satu juzuk sehari.
- orang yang dah hafaz 20 juzuk, muraja’ah 2 juzuk sehari.
- untuk yang dah khatam 30 juzuk, muraja’ah 3 juzuk sehari.
- Tabiat ini akan mengekalkan hafazan!
- Sebab itu kata Syeikh, umur yang elok untuk mula hafazan ialah masa 5 tahun dan target khatam hafazan waktu umur 10 tahun. Kenapa?
- Sebab waktu umur macam ni, hati masih bersih. Bila hafaz, terus lekat masuk dalam hati, tak hilang-hilang dah.
- Orang baligh susah lekat hafazan sebab hati kotor. Baca setakat lepas kat tekak jer, tak masuk dalam hati kata Syeikh!
- Sebab tu kena selalu check apa ada dalam hati kita kalau baca tapi tak hafaz-hafaz!
- Syeikh sebut sesuatu yang menggerunkan. Ada kemungkinan jika kita tak suka atau liat buat sesuatu ibadah, atau kita tak juga hafaz-hafaz Quran tu kerana Allah sudah benci dengan ibadah kita itu. Kerana kita buat bukan kerana dia.
- Atau kita baca Quran - ada ayat2 larangan dan perintah Allah, ada ayat melaknat orang yang meninggalkan perintah Allah/melakukan larangan Allah, tapi kita yang menghafaz/membaca ayat2 ni selamba dok buat yang Allah larang atau tak buat yang Allah suruh makanya ayat2 Al-Quran yang kita baca dan cuba hafaz ni melaknat kita. Sebab tulah tak hafaz2.
- Tanda hati ada nifaq, ialah bila kita rasa berat nak muraja’ah, rasa berat nak baca Al-Quran.
- Sebab apa rasa berat? Sebab kita hafaz bukan nak jadi ahlullah tapi ada kepentingan-kepentingan lain, misalnya untuk dapat sanjungan, untuk dapat ganjaran materi. Kita buat ibadah hanya bila ada masalah sahaja, ini pun tanda hati ada nifaq.
- Kalau hafaz Quran dengan masalah2 di atas, memang takkan ingat.
- Ibadah macam ni langsung tak berbekas di hati.

Sebagai penguat semangat, Syeikh memperincikan begini:

Satu page Al-Quran = ada 15 baris.
1 baris = 30-35 huruf.
Satu page = 30 x 15, 35 x 15 , lebih kurang 450-525 huruf.
Katakanlah 500 huruf secara purata.

1 huruf = 10 ganjaran.

[ tambahan dari saya yang membuat sedikit bacaan, ada hadith yang mengatakan ganjaran pahala membaca Al-Quran ni berbeza mengikut keadaan. Saya simpulkan secara ringkasnya sebagai berikut:

- baca dalam solat sambil berdiri = 100 ganjaran kebaikan.
- baca dalam solat sambil duduk = 50 ganjaran kebaikan.
- baca di luar solat dengan wudhu’ = 25 ganjaran kebaikan.
- baca di luar solat tanpa wudhu’ = 10 ganjaran kebaikan.
Wallahu ‘alam]

Jadi yang Syeikh illustrates ialah yang palimg sedikit ganjarannya untuk kita faham. Maka,

Satu page = 500 x 10 = 5000 kebaikan.
Satu juzuk = 20 pages = 5000 x 20 = 100 000 kebaikan.
Para huffaz perlu punya target 3 juzuk sehari muraja’ah, maka kebaikannya Insya Allah sebanyak 300 000 kebaikan untuk maintain special membership dia dengan Allah.

Bayangkan, satu page berapa minit sangat jer kita ambil masa, tu pun dah dapat 5000 kebaikan. Siapa agaknya nak bagi pada kita kebaikan sebegini banyak dalam masa beberapa minit?
Sungguh tak logik di fikiran manusia kan? Tapi Allah yang Maha Penyayang tu sangat-sangat Pemurah nal bagi pada kita banyak kebaikan senang-senang jer.

Muraja’ah satu juzuk selama setengah jam dah dapat gaji 100 000!!
Business MLM pun tak boleh lawan!!
Itu kira kita ambil transaction yang paling murah! Cuba ambil yang ada wudhu’ tengok.

Satu page = 12 500
Satu juzuk = 250 000!

Para huffaz mesti aim yang paling tinggi!
Bacaan dalam solat sambil berdiri, katalah paling koman satu page jer.

Satu page dlm solat berdiri = 100 x 5000 = 500 000!
Satu rakaat dah setengah juta!
Bayangkan satu malam qiam dah jadi jutawan tersohor di akhirat hanya kerana dengan ketinggian Al-Quran!

Masya Allah! TabarokAllah!
Maka memang layaklah para huffaz yang ikhlas dan sangat menjaga hafazan mereka menjadi Ahlullah!

Saya kira kita rakyat marhaen ni kenapa tak mahu ambil peluang ini?
Yang ada anak-anak tu usahakanlah supaya keluarga kita tak buta Al-Quran sekalipun tak mahu hafaz, celik Al-Quran pun cukuplah!!
Tengok dan nilai sendiri betapa Allah sayangkan kita. Cuma kita saja butakan mata hati kita tak mahu rebut peluang ni.

Anak-anak ku, hadamkanlah kalam Syeikh Abdul Muhaimin ni.
Syeikh sebut dengan jelas, orang yang hatinya lalai dengan LAGU-LAGU dan perkara lain yang tiada faedah (samalah dengan DRAMA KOREA, KPOP, BOLLYWOOD, LAWAK JENAKA dan sebagainya), maka SUSAHLAH hatinya untuk menjaga hafazannya.

Ahlullah ni depa tak dak masa nak spend buat perkara tak berfaedah nak. Wanai anak-anakku! Kita sudah tiada masa. Umur kita siapa yang tahu banyak mana lagikah yang tersisa. Mari lah mari anak-anakku, dipentas itu sudah lama kalian berdiri, tapi untuk kekal jadi juara, mesti mujahadah dan berusaha.

Mudahan, layaklah kita semua menjadi Ahlullah. Aamiin.

Nota:
Lihat surah Fathir, ayat 29.

Ada lagi kalam Syeikh yang saya ingin kongsi, tapi cukuplah dulu yang ini. Ini pun dah cukup panjang untuk sama-sama kita hadam dan muhasabah serta ambil tindakan. Mudahan bermanfaat.Harap dapat menyentuh hati kepada pembaca text ni..

*Copy paste daripada FB Mohd Fakhruddin Zurajali

Salam sayang
Hanisah hadisπŸ’–

Saturday 5 May 2018

Kisah anak kecil dengan athma

Hari ni, saya nak berkongsi shaklee effect kawan maya saya..

Bukan senang bila ada anak yang mewarisi athma.

Dia penat kita lagi penat.
Dia masuk wad dengan kita kita masuk wad.
Dia kena berpantang dengan kita juga berpantang.

Itulah yang Cik Yam lalui bila salah seorang dari kembar mengidap athma.

Nekad cari alternatif untuk diri sendiri waktu itu.Cik Yam mula consume Omega Guard.

Tapi lain pulak ceritanya dengan Dede,pantang nampak botol omega guard,dia makan macam makan gula gula.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Memang pelik,tak terasa ker minyak ikan tu.
Itu yang pelik,yang ajaibnya bulan itu dede langsung tak diserang athma.Terpaksalah berkongsi Omega Guard nampaknya.

Perubahan makin ketara.Serius sejak itu dede dah tak warded lagi.Sekarang usia dah 6 tahun.Athma jarang jarang memberi salam.😊

Alhamdulillah itulah asbab kenapa Cik Yam join Shaklee.

Pertama sebab nak beli murah
Kedua sebab kesan melampau yang diterima amat mengujakan.
Ketiga memang tak sangka jadi sumber pendapatan sekarang ini.

Pada yang was was dengan Shaklee,tak tahu cara pengambilan Supplement Shaklee dengan betul.

Sila jangan malu mesej Cik Yam.Banyak yang boleh dibantu.Serius ni😁😁

Dede consume Omega Guard sejak usia 1 tahun setengah.



Salam sayang dari saya
Siti nor hanisah bt hadas@hadis
+60192085196

Thursday 21 December 2017

Punca Jerawat , Cara Mengatasinya Dengan Selamat Dan Berkesan



Stress bila jerawat muncul dengan bangganya di muka ni.
Kadang tu boleh trauma nak tengok cermin, sebab takut ternampak jerawat yang bermaharajalela di muka tu.
Bila nak keluar, jumpa orang malu dan hilang konfiden. 
Akhirnya tempek foundation yang tebal berinci-inci untuk cover jerawat tersebut tapi kesannya  muka bertompok hodoh.

sebenarnya, jerawat ni menunjukkan kadar kesihatan dalam badan kita, ini mengikut perubatan cina. kalau nak tahu, teruskan membaca sampai habis ye.



Jerawat di Dahi Atas 
Punca: Sistem pencernaan dan Pundi Kencing
Apa yang perlu dilakukan:

  • Air minuman membantu untuk mengepam keluar toksin dalam badan anda, jadi tingkatkan pengambilan air dan lihat pada makanan yang anda makan.
  • Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman yang tinggi kafein. Lebih baik minum teh herba terutamanya teh hijau.
  • Kurangkan memakan coklat, kek, air limau dan Coke dan minum lebih banyak air mineral.Makan makanan yang membantu menghapuskan toksin dari badan seperti minum air lemon.
  • Amalkan tidur awal (10:00pm) dan bangun awal (6:00am).  
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
  • Tingkatkan kebersihan diri terutama kebersihan rambut dan topi (jika suka pakai topi)
  • Teh hijau, air lemon dan buah beri juga boleh membantu kerana ini adalah makanan yang kaya dengan antioksida


Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)
Punca: Jantung 
Jantung anda adalah organ besar yang mengepam darah ke seluruh badan anda. Jika ia tertekan kerana pemakanan yang tidak sihat, tidak aktif dan pelbagai tekanan mental dan fizikal, maka bukan sahaja anda akan mendapat jerawat di dahi bawah, seluruh tubuh anda akan terjejas teruk jika masalah ini tidak diatasi. Hati yang sihat penting untuk melakukan senaman menguatkan jantung, dan juga makan makanan yang sihat serta mengelakkan stress. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Cuba untuk bersenam 
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air 
  • Makan makanan yang sihat sebaik-baiknya yang mempunyai kolesterol rendah dan diet serat yang tinggi 
  • Jika merokok, usahakan untuk berhenti merokok
Jerawat di telinga 
Punca: Buah pinggang 
Apabila buah pinggang tidak dijaga, jerawat yang menyakitkanakan tumbuh di telinga anda yang biasanya susah untuk hilang. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Tingkatkan pengambilan air 
  • Elakkan makan makanan yang masin dan tinggi kafein 

Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening 
Punca: Hati 
Kulit berminyak, kemerahan dan jerawat antara kening boleh menunjukkan bahawa hati anda mungkin telah overworking dan memerlukan pembersihan. Senang cerita, perlukan detox!
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C (kiwi, lada manis, oren) 
  • Cuba elakkan makan lewat malam; terutama sebelum tidur kerana badan anda tidak akan memecahkan makanan dengan berkesan, yang membawa kepada terbentuknya toksin.
  • Kurangkan lemak, manis, makanan berminyak, alkohol dan diari, terutamanya jika anda mengalami alahan pada laktosa.
  • Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah, bit, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.

Jerawat di Pipi Atas
Punca: Paru-paru dan Sistem Pernafasan 
Tekanan ke atas paru-paru mungkin menyebabkan jerawat keluar di pipi atas. Tekanan ini termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Elakkan merokok dan merokok pasif 
  • Senaman
  • Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan 
Jerawat di Pipi Bawah
Punca: Masalh gusi atau Gigi 
Masalah Gusi atau gigi boleh menyumbang kepada jerawat di kawasan bawah pipi.
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Jaga kebersihan diri: Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali seminggu, dan lap bhgn bawah telefon anda dengan pencuci antibakteria setiap beberapa hari. 
  • Sentiasa jaga kesihatan gigi, memberus gigi, menggunakan flos dan ubat kumur dua kali sehari dan pemeriksaan tetap di doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun! Jangan hanya menunggu sehingga anda mempunyai masalah gigi untuk membuat temujanji. 
  • Jaga makanan: Makan makanan yang baik untuk paru-paru yang lebih sihat termasuk, kale, kubis dan labu. Termasuk sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda. 
  • Jangan makan terlalu banyak 
  • Elakkan makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan soda 
  • Elakkan mangga, akar keladi dan makanan laut atau makanan lain yang anda mungkin sensitif dan ada kesan alergik.
  • Makan makanan kurang gula
Jerawat di Tepi Dagu
Punca: Hormon dan kemaluan 
Biasanya terjadi pada kanak-kanak perempuan. Apabila jerawat timbul di kawasan tepi dagu, ia adalah satu tanda ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Kurangkan tabiat makan sebelum tidur 
  • Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran 
  • Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
  • Tidur awal dan bangun awal 
Jerawat di Tengah Dagu
Punca; usus kecil dan perut 
Ini juga disebabkan oleh diet yang lemah dan alahan makanan. Elakkan untuk mengambil makanan yang tidak baik. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran 
  • Dapatkan rehat yang lebih 
  • Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet anda 
Jerawat di Dada dan Leher 
Kawasan dada biasanya disebabkan oleh tekanan, jadi pastikan tahu apa yang membuatkan anda tertekan dan atasi masalah tersebut. Ia juga penting untuk selesa dalam mengenakan pakaian anda. Apabila kawasan sekitar leher berjerawat, ia biasanya disebabkan oleh badan anda sedang melawan jangkitan. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Cuba untuk hilangkan tekanan 
  • Gunakan pakaian yang selesa 
  • Tingkatkan pengambilan air dan kekalkan pengambilan vitamin C untuk melawan jangkitan.

Pengambilan supplement yang disyorkan adalah 


Alfalfa complex : Membantu proses detoks iaitu menyingkirkan toksin dari badan dan usus.
mengandungi 330 biji : RM57.50



SR Vitamin C plus : Membantu atasi masalah jerawat dengan menghasilkan kolagen yang cukup untuk kulit.
mengandungi 180 biji : RM103.35

Garlic Complex : Antibiotik semulajadi untuk tubuh. Membantu membunuh bakteria pada kulit yang merupakan antara punca jerawat.
mengandungi 60biji : RM56.25


ESP :  Membantu membekalkan protein yang secukupnya untuk kulit yang sihat.
mengandungi 850gram : RM161.25

Semoga perkongsian ini dapat membantu semua yang menghadapi masalah jerawat yang kronik.
hubungi saya untuk sesi konsultation percuma.

www.wasap.my/+60192085196

salam sayang :Hanisah Hadis 



Thursday 12 October 2017

WHY i Love SHAKLEE ?

WHY I LOVE SHAKLEE?
Sebenarnya sudah hampir 4 tahun kak Nis consume Shaklee...
Mulanya sebagai milkbooster, sekarang bukan setakat milkbooster aje..
kak Nis consume Shaklee untuk kecantikan, kesihatan wanita dan kecerdasan minda, kecergasan untuk anak-anak kak Nis..

Kak Nis, percaya dan yakin dengan Shaklee, sebab tu still bertahan hingga kini..
ni buktinya.














Untuk Maklumat lanjut boleh rujuk,
http://www.shaklee.com.my/ms/about/shaklee-difference/safe/


jom Shaklee bersama Kami!
Annajah Empire Team

Hanisah Hadis :019-2085196
Fb : Hanisah Hadis
Ig : Hanisah_beautynhealth

Monday 11 September 2017

krisis Penyembuhan @ Healing crisis selepas makan Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum ...

Ramai yang mula mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan bagi diri sendiri, suami, anak-anak dan mak ayah. Pendek kata, untuk seisi keluarga termasuk adik beradik dan saudara mara.. Namun, ramai juga yang mengadu pening kepala, rasa nak pitam, nak demam, naik jerawat, rasa lemah badan dan macam,-macam lagi setelah mengambil supplemen Shaklee.

Adakah itu maksudnya produk Shaklee tidak bagus?

Tidak ye, itu dinamakan krisis pemulihan atau lebih dikenali dengan nama healing crisis.

Apa itu Healing crisis?


Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita.Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.

 Sebenarnya ini tandanya badan korang sudah bertoleransi atau senang kata bertindakbalas dengan supplement yang korang makan tu.
Bahaya ke?
Tidak bahaya, tapi sesiapa yang tak tahan memang akan stop dan akan salahkan produk Shaklee pula sebab tidak ada kesan. sebenarnya kesan sudah ada, tapi korang tidak sabar.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tetimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tidak seimbang , kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. supplemen membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman ( perut kembung, lapar) cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan sebagainya. simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu. jadi bersabarla ye.


Jadi, Apa yang perlu korang buat?

Siapa yang pernah beli supplement Shaklee mesti setiap pengedar akan tegaskan pastikan minum banyak air. Tapi bila tanya minum banyak mana? Rasanya dalam 6 gelas sehari. Aduh...itu tidak cukup..Mari tengok carta bawah, 6 gelas budak 1-2 tahun  kena minum. Umur kita berapa tahun?


Jadi, kalau korang 50 kg kena la minum 2 liter air kan? Tapi kak nis lebih galakkan untuk minum lebih dari biasa sebabnya sekarang ni musim panas..kering tekak tu..badan pun habis berpeluh, air dalam badan pun kering. Kalau minum pun cukup-cukup syarat je..mana la tak sakit kepala dan pening. Betul tak? Tips nak minum air banyak, senang je. Bawa sahaja botol air kemana-mana, tapi jangan sampai ke toilet pula. Sudah habis topup...

Jadi nasihat Kak Nis, siapa yang mengalami healing crisis selepas pengambilan Shaklee ni.

- banyakkan minum air dari biasa
- boleh kurangkan dos
- terus pengambilan setiap hari
- berehat dan jangan stress
- banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Insyaallah moga akan lebih baik nanti.

              --------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Bandar Tun Hussein onn,Cheras dan Taman Maluri, Kuala Lumpur. Hubungi saya di 019-2085196. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

anda juga boleh dapatkan
Promosi September 2017
Set Radiant 4. dapatkan sekarang dan anda akan dapat pulangan e-voucher RM60
selagi stok masih ada.

Salam Sayang,
Siti Nor Hanisah bt Hadas@Hadis
your Independent Shaklee Distributor (1183077)
sms/ Whtsapp : 019-2085196
fb : Hanisah Hadis

Sunday 6 August 2017

OGOS OMEGA OHSEM!

Assalamualaikum wbth.. 
bertemu kita lagi ye.. Ogos dan menjelma.. 
selain dari kemerdekaan , ogos juga bulan yang ohsem ..
Tudia, triple O!

Saya ada member-member yang rajin cari bahan-bahan bacaan berkaitan suplemen ni.

Ya, mereka pengamal suplemen beberapa jenama dan of course mencari yang baik saja. Tau kan,international level ni hanya ada beberapa jenama yang diakui terbaik?

Kita pun, memang patut mengkaji dulu, jangan nak beli sebarangan dan pastinya bila cari maklumat, kita tak akan pukul rata bahawa semua suplemen tu sama!

Masuk bab minyak ikan, tentulah Omega Guard pilihan mereka.

Bila dah tau apa dia Shaklee Difference pasal Omega Guard, secara automatik akan rasa sangat berbaloi kualiti dengan harganya!




eh ibu-ibu dan ayah-ayah dah sedia fish oil untuk seisi keluarga tak? Kalau belum, nak tunggu apa lagi... peluang keemasan ni!!


Bulan ni pembelian 5 botol Omega Guard dapat voucher bernilai RM60 ok!

Jangan kata saya tak habaq!


                                                             Jom Shaklee!



Salam Sayang,
Hanisah / Kak Nis
fb : Hanisah Hadis
Ig : healthnbeauty_byhanisah
http://wasap.my/+60192085196



Tuesday 25 July 2017

HAJATNYA NAK FLAWLESS, TAPI MERANA !


Bismillah...
Assalamualaikum semua pembaca blog kak nis.. Maafla lambat update blog ni.m sebenarnya kak nis ni baru je start keje guru sekolah KAFA.. jadi agak kekalutan sikit memanage masa nak update blogπŸ˜…

Hari ni, kak nis nak kongsi cerita hampir sama dengan kak nis pasal kecantikan.. Kak nis pun macam ni juga dulu tapi takdela sampai nak amik cucuk vit c sebab tak mampu kikiki😁😁

Nanti kak nis share cerita kak nis ye dalam post akan datang. Hari ni kita baca dulu cerita sahabat kak nis ni...

Selamat membacaπŸ˜‰

Kenalkan diri dulu.

Nama: Siti Nurbaya bt Mustafa Kamal
Asal: Kedah
Menetap: Labuan
Status: Berkahwin

Boleh panggil Baya ☺

Alkisah, bermula bila cari punya cari supplement utk muka berjerawat tapi xjumpa.

Almost give up.

Thought of other alternative, Baya cuba satu supplements lain. Yang masa tu memang gempak la.

Makan boleh putih, kulit flawless. Artis semua pakat makan sampai putih melepak.

Haha Terpengaruh! Supplement tu bentuk biji.

Dah la mahal. Akhirnya, MERANA.

Orang yang memang jumpa Baya tiap-tiap hari terkejut tgk muka 😭

Masa tu belum lagi Baya jumpa Shaklee ni. Kawan suggest cucuk Vitamin C.

Desperately I asked my father tapi arwah abah tak bagi. Tapi pujuk jugak and he gave permission.

Gambar kiri masa Baya dah cucuk Vitamin C kali kedua tak silap.

Alhamdulillah. Ada perubahan dari yang sebelumnya. Kalau tak lagi teruk kat pipi dan dahi tu.

Tapi, bulan pertama kena cucuk 4 kali untuk Vitamin C tu bagi kesan pada kulit. Kos satu suntikan RM170 tak silap. Sebulan tak ke RM680 😭😭 Dan bulan seterusnya satu suntikan sampai pulih.

Bulan pertama tu buat 4 kali.

Tapi nak maintain tu tak tahan.

Lagipun, CUCUK VITAMIN C adalah ILLEGAL. No KKM approval. Jangan follow cucuk-cucuk tau.

Cari lagi alternative. Terbaca pasal Vitamin C shaklee. Tawakal je la masa ni nak boleh pulih ke tak.

Yakin dan maintain dengan Vitamin C setiap hari.

Lepas tu tambah ESP. Alhamdulillah.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Makin hari makin lega dengan perubahan kulit.

Sebab tu saya sayang Vitamin C sustained released dengan ESP ni.

Baya faham sangat penderitaan orang ada jerawat banyak ni πŸ˜–



Jika kawan-kawan pembaca ada juga cerita kisah yang sama, mari kak nis bantu😘😘

Salam Sayang πŸ’–
Siti Nor Hanisah bt Hadas@Hadis
Fb : Hanisah Hadis
Ig : Healthbeauty_byhanisah
Whtspp/msg/call : 019-2085196