Stress bila jerawat muncul dengan bangganya di muka ni.
Kadang tu boleh trauma nak tengok cermin, sebab takut ternampak jerawat yang bermaharajalela di muka tu.
Bila nak keluar, jumpa orang malu dan hilang konfiden.
Akhirnya tempek foundation yang tebal berinci-inci untuk cover jerawat tersebut tapi kesannya muka bertompok hodoh.
sebenarnya, jerawat ni menunjukkan kadar kesihatan dalam badan kita, ini mengikut perubatan cina. kalau nak tahu, teruskan membaca sampai habis ye.
Jerawat di Dahi Atas
Punca: Sistem pencernaan dan Pundi Kencing
Apa yang perlu dilakukan:
- Air minuman membantu untuk mengepam keluar toksin dalam badan anda, jadi tingkatkan pengambilan air dan lihat pada makanan yang anda makan.
- Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman yang tinggi kafein. Lebih baik minum teh herba terutamanya teh hijau.
- Kurangkan memakan coklat, kek, air limau dan Coke dan minum lebih banyak air mineral.Makan makanan yang membantu menghapuskan toksin dari badan seperti minum air lemon.
- Amalkan tidur awal (10:00pm) dan bangun awal (6:00am).
- Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
- Tingkatkan kebersihan diri terutama kebersihan rambut dan topi (jika suka pakai topi)
- Teh hijau, air lemon dan buah beri juga boleh membantu kerana ini adalah makanan yang kaya dengan antioksida
Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)
Punca: Jantung
Jantung anda adalah organ besar yang mengepam darah ke seluruh badan anda. Jika ia tertekan kerana pemakanan yang tidak sihat, tidak aktif dan pelbagai tekanan mental dan fizikal, maka bukan sahaja anda akan mendapat jerawat di dahi bawah, seluruh tubuh anda akan terjejas teruk jika masalah ini tidak diatasi. Hati yang sihat penting untuk melakukan senaman menguatkan jantung, dan juga makan makanan yang sihat serta mengelakkan stress.
Apa yang perlu dilakukan:
- Cuba untuk bersenam
- Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air
- Makan makanan yang sihat sebaik-baiknya yang mempunyai kolesterol rendah dan diet serat yang tinggi
- Jika merokok, usahakan untuk berhenti merokok
Jerawat di telinga
Punca: Buah pinggang
Apabila buah pinggang tidak dijaga, jerawat yang menyakitkanakan tumbuh di telinga anda yang biasanya susah untuk hilang.
Apa yang perlu dilakukan:
- Tingkatkan pengambilan air
- Elakkan makan makanan yang masin dan tinggi kafein
Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening
Punca: Hati
Kulit berminyak, kemerahan dan jerawat antara kening boleh menunjukkan bahawa hati anda mungkin telah overworking dan memerlukan pembersihan. Senang cerita, perlukan detox!
Apa yang perlu dilakukan:
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C (kiwi, lada manis, oren)
- Cuba elakkan makan lewat malam; terutama sebelum tidur kerana badan anda tidak akan memecahkan makanan dengan berkesan, yang membawa kepada terbentuknya toksin.
- Kurangkan lemak, manis, makanan berminyak, alkohol dan diari, terutamanya jika anda mengalami alahan pada laktosa.
- Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah, bit, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.
Jerawat di Pipi Atas
Punca: Paru-paru dan Sistem Pernafasan
Tekanan ke atas paru-paru mungkin menyebabkan jerawat keluar di pipi atas. Tekanan ini termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru.
Apa yang perlu dilakukan:
- Elakkan merokok dan merokok pasif
- Senaman
- Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan
Jerawat di Pipi Bawah
Punca: Masalh gusi atau Gigi
Masalah Gusi atau gigi boleh menyumbang kepada jerawat di kawasan bawah pipi.
Apa yang perlu dilakukan:
- Jaga kebersihan diri: Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali seminggu, dan lap bhgn bawah telefon anda dengan pencuci antibakteria setiap beberapa hari.
- Sentiasa jaga kesihatan gigi, memberus gigi, menggunakan flos dan ubat kumur dua kali sehari dan pemeriksaan tetap di doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun! Jangan hanya menunggu sehingga anda mempunyai masalah gigi untuk membuat temujanji.
- Jaga makanan: Makan makanan yang baik untuk paru-paru yang lebih sihat termasuk, kale, kubis dan labu. Termasuk sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda.
- Jangan makan terlalu banyak
- Elakkan makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan soda
- Elakkan mangga, akar keladi dan makanan laut atau makanan lain yang anda mungkin sensitif dan ada kesan alergik.
- Makan makanan kurang gula
Jerawat di Tepi Dagu
Punca: Hormon dan kemaluan
Biasanya terjadi pada kanak-kanak perempuan. Apabila jerawat timbul di kawasan tepi dagu, ia adalah satu tanda ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Apa yang perlu dilakukan:
- Kurangkan tabiat makan sebelum tidur
- Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran
- Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
- Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
- Tidur awal dan bangun awal
Jerawat di Tengah Dagu
Punca; usus kecil dan perut
Ini juga disebabkan oleh diet yang lemah dan alahan makanan. Elakkan untuk mengambil makanan yang tidak baik.
Apa yang perlu dilakukan:
- Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran
- Dapatkan rehat yang lebih
- Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet anda
Jerawat di Dada dan Leher
Kawasan dada biasanya disebabkan oleh tekanan, jadi pastikan tahu apa yang membuatkan anda tertekan dan atasi masalah tersebut. Ia juga penting untuk selesa dalam mengenakan pakaian anda. Apabila kawasan sekitar leher berjerawat, ia biasanya disebabkan oleh badan anda sedang melawan jangkitan.
Apa yang perlu dilakukan:
- Cuba untuk hilangkan tekanan
- Gunakan pakaian yang selesa
- Tingkatkan pengambilan air dan kekalkan pengambilan vitamin C untuk melawan jangkitan.
Pengambilan supplement yang disyorkan adalah
Alfalfa complex : Membantu proses detoks iaitu menyingkirkan toksin dari badan dan usus.
mengandungi 330 biji : RM57.50
SR Vitamin C plus : Membantu atasi masalah jerawat dengan menghasilkan kolagen yang cukup untuk kulit.
mengandungi 180 biji : RM103.35
Garlic Complex : Antibiotik semulajadi untuk tubuh. Membantu membunuh bakteria pada kulit yang merupakan antara punca jerawat.
mengandungi 60biji : RM56.25
ESP : Membantu membekalkan protein yang secukupnya untuk kulit yang sihat.
mengandungi 850gram : RM161.25
Semoga perkongsian ini dapat membantu semua yang menghadapi masalah jerawat yang kronik.
hubungi saya untuk sesi konsultation percuma.
www.wasap.my/+60192085196
salam sayang :Hanisah Hadis
No comments:
Post a Comment