Thursday 21 December 2017

Punca Jerawat , Cara Mengatasinya Dengan Selamat Dan Berkesan



Stress bila jerawat muncul dengan bangganya di muka ni.
Kadang tu boleh trauma nak tengok cermin, sebab takut ternampak jerawat yang bermaharajalela di muka tu.
Bila nak keluar, jumpa orang malu dan hilang konfiden. 
Akhirnya tempek foundation yang tebal berinci-inci untuk cover jerawat tersebut tapi kesannya  muka bertompok hodoh.

sebenarnya, jerawat ni menunjukkan kadar kesihatan dalam badan kita, ini mengikut perubatan cina. kalau nak tahu, teruskan membaca sampai habis ye.



Jerawat di Dahi Atas 
Punca: Sistem pencernaan dan Pundi Kencing
Apa yang perlu dilakukan:

  • Air minuman membantu untuk mengepam keluar toksin dalam badan anda, jadi tingkatkan pengambilan air dan lihat pada makanan yang anda makan.
  • Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman yang tinggi kafein. Lebih baik minum teh herba terutamanya teh hijau.
  • Kurangkan memakan coklat, kek, air limau dan Coke dan minum lebih banyak air mineral.Makan makanan yang membantu menghapuskan toksin dari badan seperti minum air lemon.
  • Amalkan tidur awal (10:00pm) dan bangun awal (6:00am).  
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
  • Tingkatkan kebersihan diri terutama kebersihan rambut dan topi (jika suka pakai topi)
  • Teh hijau, air lemon dan buah beri juga boleh membantu kerana ini adalah makanan yang kaya dengan antioksida


Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)
Punca: Jantung 
Jantung anda adalah organ besar yang mengepam darah ke seluruh badan anda. Jika ia tertekan kerana pemakanan yang tidak sihat, tidak aktif dan pelbagai tekanan mental dan fizikal, maka bukan sahaja anda akan mendapat jerawat di dahi bawah, seluruh tubuh anda akan terjejas teruk jika masalah ini tidak diatasi. Hati yang sihat penting untuk melakukan senaman menguatkan jantung, dan juga makan makanan yang sihat serta mengelakkan stress. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Cuba untuk bersenam 
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air 
  • Makan makanan yang sihat sebaik-baiknya yang mempunyai kolesterol rendah dan diet serat yang tinggi 
  • Jika merokok, usahakan untuk berhenti merokok
Jerawat di telinga 
Punca: Buah pinggang 
Apabila buah pinggang tidak dijaga, jerawat yang menyakitkanakan tumbuh di telinga anda yang biasanya susah untuk hilang. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Tingkatkan pengambilan air 
  • Elakkan makan makanan yang masin dan tinggi kafein 

Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening 
Punca: Hati 
Kulit berminyak, kemerahan dan jerawat antara kening boleh menunjukkan bahawa hati anda mungkin telah overworking dan memerlukan pembersihan. Senang cerita, perlukan detox!
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C (kiwi, lada manis, oren) 
  • Cuba elakkan makan lewat malam; terutama sebelum tidur kerana badan anda tidak akan memecahkan makanan dengan berkesan, yang membawa kepada terbentuknya toksin.
  • Kurangkan lemak, manis, makanan berminyak, alkohol dan diari, terutamanya jika anda mengalami alahan pada laktosa.
  • Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah, bit, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.

Jerawat di Pipi Atas
Punca: Paru-paru dan Sistem Pernafasan 
Tekanan ke atas paru-paru mungkin menyebabkan jerawat keluar di pipi atas. Tekanan ini termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Elakkan merokok dan merokok pasif 
  • Senaman
  • Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan 
Jerawat di Pipi Bawah
Punca: Masalh gusi atau Gigi 
Masalah Gusi atau gigi boleh menyumbang kepada jerawat di kawasan bawah pipi.
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Jaga kebersihan diri: Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali seminggu, dan lap bhgn bawah telefon anda dengan pencuci antibakteria setiap beberapa hari. 
  • Sentiasa jaga kesihatan gigi, memberus gigi, menggunakan flos dan ubat kumur dua kali sehari dan pemeriksaan tetap di doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun! Jangan hanya menunggu sehingga anda mempunyai masalah gigi untuk membuat temujanji. 
  • Jaga makanan: Makan makanan yang baik untuk paru-paru yang lebih sihat termasuk, kale, kubis dan labu. Termasuk sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda. 
  • Jangan makan terlalu banyak 
  • Elakkan makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan soda 
  • Elakkan mangga, akar keladi dan makanan laut atau makanan lain yang anda mungkin sensitif dan ada kesan alergik.
  • Makan makanan kurang gula
Jerawat di Tepi Dagu
Punca: Hormon dan kemaluan 
Biasanya terjadi pada kanak-kanak perempuan. Apabila jerawat timbul di kawasan tepi dagu, ia adalah satu tanda ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Kurangkan tabiat makan sebelum tidur 
  • Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran 
  • Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
  • Tidur awal dan bangun awal 
Jerawat di Tengah Dagu
Punca; usus kecil dan perut 
Ini juga disebabkan oleh diet yang lemah dan alahan makanan. Elakkan untuk mengambil makanan yang tidak baik. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran 
  • Dapatkan rehat yang lebih 
  • Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet anda 
Jerawat di Dada dan Leher 
Kawasan dada biasanya disebabkan oleh tekanan, jadi pastikan tahu apa yang membuatkan anda tertekan dan atasi masalah tersebut. Ia juga penting untuk selesa dalam mengenakan pakaian anda. Apabila kawasan sekitar leher berjerawat, ia biasanya disebabkan oleh badan anda sedang melawan jangkitan. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Cuba untuk hilangkan tekanan 
  • Gunakan pakaian yang selesa 
  • Tingkatkan pengambilan air dan kekalkan pengambilan vitamin C untuk melawan jangkitan.

Pengambilan supplement yang disyorkan adalah 


Alfalfa complex : Membantu proses detoks iaitu menyingkirkan toksin dari badan dan usus.
mengandungi 330 biji : RM57.50



SR Vitamin C plus : Membantu atasi masalah jerawat dengan menghasilkan kolagen yang cukup untuk kulit.
mengandungi 180 biji : RM103.35

Garlic Complex : Antibiotik semulajadi untuk tubuh. Membantu membunuh bakteria pada kulit yang merupakan antara punca jerawat.
mengandungi 60biji : RM56.25


ESP :  Membantu membekalkan protein yang secukupnya untuk kulit yang sihat.
mengandungi 850gram : RM161.25

Semoga perkongsian ini dapat membantu semua yang menghadapi masalah jerawat yang kronik.
hubungi saya untuk sesi konsultation percuma.

www.wasap.my/+60192085196

salam sayang :Hanisah Hadis 



Thursday 12 October 2017

WHY i Love SHAKLEE ?

WHY I LOVE SHAKLEE?
Sebenarnya sudah hampir 4 tahun kak Nis consume Shaklee...
Mulanya sebagai milkbooster, sekarang bukan setakat milkbooster aje..
kak Nis consume Shaklee untuk kecantikan, kesihatan wanita dan kecerdasan minda, kecergasan untuk anak-anak kak Nis..

Kak Nis, percaya dan yakin dengan Shaklee, sebab tu still bertahan hingga kini..
ni buktinya.














Untuk Maklumat lanjut boleh rujuk,
http://www.shaklee.com.my/ms/about/shaklee-difference/safe/


jom Shaklee bersama Kami!
Annajah Empire Team

Hanisah Hadis :019-2085196
Fb : Hanisah Hadis
Ig : Hanisah_beautynhealth

Monday 11 September 2017

krisis Penyembuhan @ Healing crisis selepas makan Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum ...

Ramai yang mula mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan bagi diri sendiri, suami, anak-anak dan mak ayah. Pendek kata, untuk seisi keluarga termasuk adik beradik dan saudara mara.. Namun, ramai juga yang mengadu pening kepala, rasa nak pitam, nak demam, naik jerawat, rasa lemah badan dan macam,-macam lagi setelah mengambil supplemen Shaklee.

Adakah itu maksudnya produk Shaklee tidak bagus?

Tidak ye, itu dinamakan krisis pemulihan atau lebih dikenali dengan nama healing crisis.

Apa itu Healing crisis?


Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita.Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.

 Sebenarnya ini tandanya badan korang sudah bertoleransi atau senang kata bertindakbalas dengan supplement yang korang makan tu.
Bahaya ke?
Tidak bahaya, tapi sesiapa yang tak tahan memang akan stop dan akan salahkan produk Shaklee pula sebab tidak ada kesan. sebenarnya kesan sudah ada, tapi korang tidak sabar.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tetimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tidak seimbang , kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. supplemen membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman ( perut kembung, lapar) cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan sebagainya. simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu. jadi bersabarla ye.


Jadi, Apa yang perlu korang buat?

Siapa yang pernah beli supplement Shaklee mesti setiap pengedar akan tegaskan pastikan minum banyak air. Tapi bila tanya minum banyak mana? Rasanya dalam 6 gelas sehari. Aduh...itu tidak cukup..Mari tengok carta bawah, 6 gelas budak 1-2 tahun  kena minum. Umur kita berapa tahun?


Jadi, kalau korang 50 kg kena la minum 2 liter air kan? Tapi kak nis lebih galakkan untuk minum lebih dari biasa sebabnya sekarang ni musim panas..kering tekak tu..badan pun habis berpeluh, air dalam badan pun kering. Kalau minum pun cukup-cukup syarat je..mana la tak sakit kepala dan pening. Betul tak? Tips nak minum air banyak, senang je. Bawa sahaja botol air kemana-mana, tapi jangan sampai ke toilet pula. Sudah habis topup...

Jadi nasihat Kak Nis, siapa yang mengalami healing crisis selepas pengambilan Shaklee ni.

- banyakkan minum air dari biasa
- boleh kurangkan dos
- terus pengambilan setiap hari
- berehat dan jangan stress
- banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Insyaallah moga akan lebih baik nanti.

              --------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Bandar Tun Hussein onn,Cheras dan Taman Maluri, Kuala Lumpur. Hubungi saya di 019-2085196. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

anda juga boleh dapatkan
Promosi September 2017
Set Radiant 4. dapatkan sekarang dan anda akan dapat pulangan e-voucher RM60
selagi stok masih ada.

Salam Sayang,
Siti Nor Hanisah bt Hadas@Hadis
your Independent Shaklee Distributor (1183077)
sms/ Whtsapp : 019-2085196
fb : Hanisah Hadis

Sunday 6 August 2017

OGOS OMEGA OHSEM!

Assalamualaikum wbth.. 
bertemu kita lagi ye.. Ogos dan menjelma.. 
selain dari kemerdekaan , ogos juga bulan yang ohsem ..
Tudia, triple O!

Saya ada member-member yang rajin cari bahan-bahan bacaan berkaitan suplemen ni.

Ya, mereka pengamal suplemen beberapa jenama dan of course mencari yang baik saja. Tau kan,international level ni hanya ada beberapa jenama yang diakui terbaik?

Kita pun, memang patut mengkaji dulu, jangan nak beli sebarangan dan pastinya bila cari maklumat, kita tak akan pukul rata bahawa semua suplemen tu sama!

Masuk bab minyak ikan, tentulah Omega Guard pilihan mereka.

Bila dah tau apa dia Shaklee Difference pasal Omega Guard, secara automatik akan rasa sangat berbaloi kualiti dengan harganya!




eh ibu-ibu dan ayah-ayah dah sedia fish oil untuk seisi keluarga tak? Kalau belum, nak tunggu apa lagi... peluang keemasan ni!!


Bulan ni pembelian 5 botol Omega Guard dapat voucher bernilai RM60 ok!

Jangan kata saya tak habaq!


                                                             Jom Shaklee!



Salam Sayang,
Hanisah / Kak Nis
fb : Hanisah Hadis
Ig : healthnbeauty_byhanisah
http://wasap.my/+60192085196



Tuesday 25 July 2017

HAJATNYA NAK FLAWLESS, TAPI MERANA !


Bismillah...
Assalamualaikum semua pembaca blog kak nis.. Maafla lambat update blog ni.m sebenarnya kak nis ni baru je start keje guru sekolah KAFA.. jadi agak kekalutan sikit memanage masa nak update blog๐Ÿ˜…

Hari ni, kak nis nak kongsi cerita hampir sama dengan kak nis pasal kecantikan.. Kak nis pun macam ni juga dulu tapi takdela sampai nak amik cucuk vit c sebab tak mampu kikiki๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Nanti kak nis share cerita kak nis ye dalam post akan datang. Hari ni kita baca dulu cerita sahabat kak nis ni...

Selamat membaca๐Ÿ˜‰

Kenalkan diri dulu.

Nama: Siti Nurbaya bt Mustafa Kamal
Asal: Kedah
Menetap: Labuan
Status: Berkahwin

Boleh panggil Baya ☺

Alkisah, bermula bila cari punya cari supplement utk muka berjerawat tapi xjumpa.

Almost give up.

Thought of other alternative, Baya cuba satu supplements lain. Yang masa tu memang gempak la.

Makan boleh putih, kulit flawless. Artis semua pakat makan sampai putih melepak.

Haha Terpengaruh! Supplement tu bentuk biji.

Dah la mahal. Akhirnya, MERANA.

Orang yang memang jumpa Baya tiap-tiap hari terkejut tgk muka ๐Ÿ˜ญ

Masa tu belum lagi Baya jumpa Shaklee ni. Kawan suggest cucuk Vitamin C.

Desperately I asked my father tapi arwah abah tak bagi. Tapi pujuk jugak and he gave permission.

Gambar kiri masa Baya dah cucuk Vitamin C kali kedua tak silap.

Alhamdulillah. Ada perubahan dari yang sebelumnya. Kalau tak lagi teruk kat pipi dan dahi tu.

Tapi, bulan pertama kena cucuk 4 kali untuk Vitamin C tu bagi kesan pada kulit. Kos satu suntikan RM170 tak silap. Sebulan tak ke RM680 ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Dan bulan seterusnya satu suntikan sampai pulih.

Bulan pertama tu buat 4 kali.

Tapi nak maintain tu tak tahan.

Lagipun, CUCUK VITAMIN C adalah ILLEGAL. No KKM approval. Jangan follow cucuk-cucuk tau.

Cari lagi alternative. Terbaca pasal Vitamin C shaklee. Tawakal je la masa ni nak boleh pulih ke tak.

Yakin dan maintain dengan Vitamin C setiap hari.

Lepas tu tambah ESP. Alhamdulillah.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Makin hari makin lega dengan perubahan kulit.

Sebab tu saya sayang Vitamin C sustained released dengan ESP ni.

Baya faham sangat penderitaan orang ada jerawat banyak ni ๐Ÿ˜–



Jika kawan-kawan pembaca ada juga cerita kisah yang sama, mari kak nis bantu๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Salam Sayang ๐Ÿ’–
Siti Nor Hanisah bt Hadas@Hadis
Fb : Hanisah Hadis
Ig : Healthbeauty_byhanisah
Whtspp/msg/call : 019-2085196

Friday 14 July 2017

Pengalaman Paling berharga


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Lama sangat tak mengupdate blog ni.. Ptg ni saya nak share tentang pengalaman berharga bershaklee kawan saya..

Ni sharing secara santai je. Anak 2 org demam mengejut.
Sebelum tu, saya perkenalkan diri dulu.

๐ŸŒผNama : Zarith Safiza
๐ŸŒผUmur : 32 tahun
๐ŸŒผAsal : perak
๐ŸŒผMenetap : Salak Tinggi, Sepang
๐ŸŒผAnak: 1 ๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป 2 ๐Ÿ‘ง๐Ÿป

Saya percaya sepanjang bershaklee ni, setiap antara kita dapat banyak pengalaman berharga.

Tapi saya cuma nak share pengalaman yg paaaling berharga sejak saya bershaklee

Iaitu ketika saya putuskan untuk cuba produk shaklee buat kali pertama; set basic menyusu. Alfalfa n Esp

Mula-mula consume waktu berpantang. Makan ikut jadual seperti yang disuruh

Awalnya banyak masalah yang timbul. Saya jadi sembelit, resdung makin teruk. Tapi Alhamdulillah susu makin meriah.

Masa tu tak tau lagi tentang healing crisis

Tapi saya tak serang orang yang jual Shaklee pada saya tu. Sebaliknya sy google tentang masalah-masalah lepas consume shaklee

Dari situ saya dapat banyak info dan kekal istiqomah set basic tu

Kenapa pengalaman ni berharga? Sebab dari set basic menyusu ni

๐Ÿ’.anak saya dapat menyusu badan hingga 2 thun

๐Ÿ’.gastrik saya tak muncul-muncul kembali

๐Ÿ’.resdung makin berkurang. Tiba-tiba dah takde bersin pagi-pagi.

๐Ÿ’.suami puji kulit makin ok

Bersyukur sangat Allah kirimkan penawar shaklee ni pada saya ๐Ÿ˜Œ

Dan dari kejayaan set basic menyusu tu, saya beli sikit-sikit supplement yang lain

Dan semuanya sangat beri hasil positif pada tahap kesihatan saya dan keluarga..

Ni cerita sahabat sid saya.. Saya juga ada pengalaman berharga tersendiri dengan set menyusu ni..

Kalau nak mencuba, tak rugi sangat..

Salam sayang,
Siti Nor Hanisah bt Hadas@Hadis

Fb : Hanisah Hadis
Ig : healthbeauty_byhanisah
Whtsapp : 019-2085196

Thursday 15 June 2017

7 TIP REBUT PAHALA WANITA HAID DI BULAN RAMADHAN



Tidak dinafikan, antara golongan yang begitu gusar takut kehilangan pahala di bulan Ramdhan ialah kaum muslimat. Hal ini adalah kerana dalam tempoh sebulan Ramadhan, muslimat akan mengalami tempoh waktu yang tidak dibenarkan melakukan beberapa amalan kerana kedatangan haid.

La Tahzan. Seharusnya kaum muslimat faham dan redha di atas ketentuan Allah ini. Ia adalah fitrah bagi seorang perempuan yang baligh. Ingat lagi kisah Aisyah yang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak? Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata,

“Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.”
Hadis riwayat Bukhari

Amalan Yang Dibenarkan

Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid berbanding yang dilarang. Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa. Jadi bagaimanakah caranya?

#1. Tetap Bangun Bersahur Meskipun Tidak Berpuasa

Dari Anas Bin Malik, Rasululullah s.a.w bersabda,

“Bersahurlah, kerana di dalamnya terdapat keberkatan.”

Hadis riwayat Bukhari

Bahkan, Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Allah s.w.t dan para malaikat-Nya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”

#2. Perbanyakan Sedekah

Kita sedia tahu betapa hebatnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang suka bersedekah. Kehebatan itu bertambah sewaktu di bulan yang mulia ini seperti mana sabda Rasulullah s.a.w:,

“Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.”

Menurut Ibnu Abbas,

“Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah itu melebihi angin yang berhembus.”

Hadis riwayat Bukhari

#3. Berzikir

Berzikir juga adalah dibenarkan bagi wanita haid. Jangan melepaskan pahala yang telah dijanjikan Allah dalam bulan Ramadhan dengan berkata perkara yang sia-sia.

Sebaliknya banyakkan membaca zikir mutlak (perlaksanaannya tidak dibatasi oleh waktu, jumlah dan tatacara tertentu) dan zikir muqayyad (perlaksanaannya dibatasi oleh waktu, benda, jumlah bacaan dan tempat tertentu).[1]

Contoh zikir multak ialah membaca tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil, (La ilaha illallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Manakala contoh bagi zikir muqayyad ialah membaca ‘Bismikallahumma ahya wa amut’ ketika hendak tidur.

#4. Beristiqfar

Lazimi lidah kita dengan sentiasa beristiqfar terutamanya pada waktu sahur. Allah telah berfirman:

“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.’

(Iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar dan yang sentiasa taat, yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”

Surah Ali Imran, Ayat 16 hingga 17

#5. Membaca Al-Quran

Terdapat perselisihan sama ada wanita haid dibenarkan atau tidak untuk membaca Al-Quran. Namun, pendapat yang kuat daripada Imam Malik, Imam Syafi’i dan Iman Ahmad menyatakan bahawa wanita haid adalah dibenarkan untuk membaca Al-Quran kerana tiada dalil yang mengharamkannya.[1]

Tetapi, mereka dilarang untuk memegang Al-Quran.

#6. Menyediakan Juadah Berbuka Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.”

Hadis riwayat Tirmidzi

#7. Keluar Melihat Solat Hari Raya Dan Mendengar Khutbah Raya

Ummu Athiyah berkata,

“Kami disuruh mengajak keluar wanita haid pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, juga para gadis yang dikurung di dalam rumah. Mereka perlu menyaksikan kaum Muslimin dan doa mereka. Tetapi wanita haid perlu menjauhi tempat solat.”

Hadis riwayat Bukhari

Kekal Mantap Mengumpul Pahala

Sahabat muslimah, cuti berpuasa tidak bererti cuti mengumpul pahala. Lakukan sebanyak mungkin kebaikan seperti senyum dan berwajah ceria kepada sesama insan, membantu orang yang memerlukan pertolongan, menyediakan pakaian bagi mereka yang mahu berterawih dan pelbagai lagi.

Semoga Allah menerima amalan kita dan memberi pahala seperti meraka yang berpuasa. Insya-Allah.



Salam Ramadhan..
Terima kasih sudi membaca blog saya๐Ÿ˜Š

Salam sayang dari saya
Hanisah Hadis๐Ÿ˜˜

Tuesday 13 June 2017

VIVIX THE BEST SUPER ANTIOXSIDANT

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam 19 Ramadhan.. Hari ini, saya nak kongsikan bersama tentang vivix.


Kalau nak tau, dulu sebelum saya consume vivix, muka teruk sangat.. Lepas saya consume vivix, Alhamdulillah dah okey sikit muka. Takdela jerawat nak membiak sesuka hati aja..

Vivix ni banyak manfaat dan kelebihannya, ada yang consume sebab nak sihat, nak cantik dan nak ikhtiar zuriat.

Jom kita ketahui dengan lebih mendalam pasal vivix ye..

Apa yang terkandung dalam vivix?

bahan utamanya...

anggur muscadin
Anggur ni anggur liar yg sgt istimewa...ada sumber terbaik antioksida dan anti radang dan mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yg terbukti baik untuk kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah, malambatkan proses penuaan,mencegah kanser serta anti virus dan anti bakteria

Purple carrot

Lobak ungu ni ada sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical...
mengandungi anthocyanins (antioksida mustajab ) yang bertindak sebagai anti radang,anti mikrob dan anti carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

European elderberry

Elderberry ekstrak mengurangkan pengoksidaan lipoprotien berketumpatan rendah (LDL) kolesterol.
Pengoksidaan kolesterol LDL yang terbabit dlm atherogenesis sekali gus menyumbang kepada penyakit kardiovaskular
Selain menurunkan kadar kolesteral.juga mengandungi vitamin c yg tinggi utk melawan jangkitan virus dan bakteria

Janenese knotweed

*japenese knotweed*

Keaslian reveretrol dlm vivix shaklee sebanyak 98% yang di ekstrak dari japanese knot weed (polyganum cuspidatum ) .di gunakan utk melambatkan proses penuaan,merendahkan kolesteral,merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan

Dan yang terpentingnya, vivix ni kaya dengan resevertol.

Resveratrol
Kumpulan tumbuhan yang mengandungi polyphenols.resveratrol mempunyai antioksida, memelihara badan melawan sebarang kerosakan yang berkaitan dengan kanser dan penyakit jantung.

Tindakan vivix dalam tahap sel

√mempertahankan sel ( cell defense)
Ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular

Memberikan tenaga kepada sel
Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria utk meningkatkan tenaga di dlm sel

Memperbaiki sel
Ramuan vivix dikaji membantu pembaikan sel tahap selular

Meningkatkan prestasi sel
Ramuan vivix adalah 100 kali lebih kuat dari resveratrol utk melambatkan pembentukan protien AGE yg boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yg akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur



1⃣ CELL DEFENSE. maksudnya vivix pertahankan sel dari kerosakan biological. contoh kita kan makan banyak benda bukan-bukan. processed food, siap ada perisa, pewarna, conservative tambahan dll

BENDA NI SEMUA MENYEBABKAN STRESS BIOLOGI KEPADA SEL BADAN TAU.

contoh yang dikaji, lepas makan makanan berlemak tinggi (biological stress), sel-sel badan akan bertindak menghasilkan biomarker tertentu sebagai respon kepada makanan yg tinggi lemak tu.

Biomarker ni indicator biological stress.. lagi tinggi biological stress, lagi banyak biomarker ni akan dihasilkan dan lagi cepat sel-sel badan kita mengalaami kerosakan/penuaan.


2⃣ CELL ENERGY. Pusat penghasilan tenaga dalam sel adalah mitokondria, ni kita semua belajar dalam biologi form 5 ๐Ÿ˜ vivix ni terbukti meningkatkan penghasilan tenaga dari peringkat mitokondria lagi.


3⃣CELL REPAIR. vivix juga repair cell DNA and prevent cell dari kerosakan


4⃣ CELL PERFORMANCE AGE protein ni adalah antara ''culprit' dalam penuaan sel. vivix halang penghasilan AGE protein ni dan improve performance cell, juga sebab dia improve tenaga dalam mitokondria tadi.

Alhamdulillah.. Semoga dapat manfaat dari ilmu vivix ni..
Kalau berminat nak tahu lebih lanjut, boleh roger saya je ye..
> http://wasap.my/+60192085196

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

Monday 12 June 2017

KESAN TIDUR SELEPAS SAHUR

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum wbth..
Alhamdulillah, hari ni dah masuk 17 Ramadhan, kita dah memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan..
Bagaimana dengan ibadat puasa sahabat-sahabat pembaca? Saya doakan semoga kita semua dapat menjalani ibadat puasa dan amalan yang lain dengan baik. Serta semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dari tahun yang lalu..

Lama sangat kan saya tak update blog ni, dah berhabuk bersarang kot..
Kebiasaaan bagi kita semua bangun sahur awal dan sambung tidur selepas sahur.
sebenarnya sunat melewatkan sahur dan mepercepatkan berbuka bila dah masuk waktu..
ni Rasulullah pesan tau, bukan saya..

okey, sebenarnya kalau kita tidur selepas bersahur, bukan setakat tak dapat berkat sahur, tapi dari sudut sains pun ada kesannya..


saya petik dari Dr Rizal Abu Bakar.

1. Dehidrasi tubuh dan otak. Air tidak diserap tetapi dibawa ke pundi kencing.

2. Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap . Pesta keroncong mula seawal jam 10 pagi.

3. Interaksi otak dan usus terganggu. seperti lebuhraya tiada kenderaan. sunyi.

kita beria ria la sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur, kononnya mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. tapi malangnya tidur selepas sahur hapuskan kesemuanya..

takut kan. jadi mari kita bersama elakkan tidur selepas sahur.. solat dan mengaji, mata lebih terang.

kalau mengantuk sangat dan perlu tidur, lakukan selepas 4jam bersahur ye..

saya bersahur bersama set ramadhan Shaklee, bukan setakat kenyang malah bertenaga hingga ke petang.. nak try? meh roger ye...


okey, setakat itu sahaja..
selamat mejalani ibadah di bulan Ramadhan dengan sebaiknya...
Ramadhan Kareem...

salam sayang,
hanisah hadis
019-2085196

Thursday 23 March 2017

**Positif things" di pagi jumaat..Selamat bercinta..**




Assalam...salam jumaat hari mulia..

Seawal menjelangnya fajar pagi ini, tibalah saat2 yg di tunggu2.. 10 minit sebelum subuh di kira waktu "imsak".. waktu berjaga2 dari makan. In syaa Allah, 2 bulan kurang dua minggu bermulalah puasa di bulan Ramadhan yang suci dan bersih. Sebentar lagi, tibalah pula Rejab dan Syaaban utk berlatih berpuasa bersungguh2. Pada yg mampu usahakanlah, pada yang tidak mampu semua buatlah sebahagian. Yang penting ianya dari hati nurani yg ikhlas dan hanya keranaNya.

Semalam terasa jiwa ini sebenarnya perlu di rawat lagi. Setelah beberapa siri kuliah di sertai tiba2 hadir dlm jiwa "..ahh..banyak sudah majlis ilmu di hadiri". Apatah lagi sebaik balik kerumah saja sibuk melayan permainan dunia yg hebat.. apa lagi kalau bukan TV. Subhanallah.. hanya pada Mu... mohon diperkasakan hati ini utk tidak mengikuti kehendak hati dan ubatilah hati ini semoga cinta dan sayang padaMu sentiasa mekar...Amminn..

Petang semalam, di IkIM spt biasa Ustaz Dasuki bercerita lagi. ceita positif..tentang syurga. insan pertama yang akan masuk syurga adalah nabi Muhamad , kemudian nabi muhammad mengajak Sayyidina Abu bakar bersamanya. selepas itu diikuti, golongan yang masuk syurga tanpa husab. Berdebar2 bila di sebut ustaz meyebut nabi menyebut hanya 70,000 sahaja yang akan masuk syurga tanpa hisab. aduh... sah, tak de peluang. Tapi selepas itu nabi muhammad merayu kpd Allah utk menambah kalangan yg masuk syurga tanpa hisab. Lalu Allah memgizinkan setiap 1 orang dari 70,000 membawa pula 70,000 yang lain. kalau di hitung kosong akan jadi4,900,000,0000 manusia semua nya. ...ahh..bermafas lega. tidak mahu kah kita jadi sebahagian ahli ini. in syaa Allah, esok pqgi kita lihat ciri2 mereka yang masuk syurga tanpa hisab.

Di pagi mulia ini..sama kita bermula dgn sesuatu yang postitf. dan fikir pasal syurga juga positif. Utk diri sendiri saya menyunting bait2 kata cinta buat Allah di petik dari sebahagian dari buku You Are The Best.. sama2lah kita renungi dan perbaiki diri..

☆Bagaimana yang dikatakan cinta kepada Allah? Pernahkah kita bercinta? Apakah emosi atau perasaan orang yang bercinta? Pepatah Melayu menukilkan keadaan orang bercinta begini, "Makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah." Ia bermaksud bahawa orang yang bercinta sentiasa ingat kepada orang yang dicintainya, sentiasa berusaha menggembirakan orang yang dicintai dan sentiasa mengambil perhatian terhadap apa yang disukai oleh orang yang dicintainya.

Adakah kita mempunyai perasaan yang sama dengan Allah, atau perkataan cinta kepada Allah itu cuma di bibir?

Inilah yang disebut dalam hadis, mereka yang telah mendapat kemanisan iman yakni di dalam hidup mereka tiada yang lebih penting dan lebih dicintai melainkan Allah. Kalau kita katakan kita cinta kepada Allah,cuba imbas satu hari dlm hidup kita; berapa kita ingat Allah? Kadang2 kita ingat Allah dlm solat sahaja; itu pun kadang2 lalai juga. Adakah kita tahu yg di sukai Allah secara specific? Adakah kita membuat perancangan utk ' menggembirakan' Allah sepanjang hari●♡

In syaa Allah.. semoga ada manafaat dan sama2 berdoa semoga segala amalan kita sentiasa terarah kpd utk meraih manafaat dunia dan akhirat..setidak tidaknya berusaha bukan sekadar berkata kata2.

Selamat berhari jumaat....dan selamat bercinta dgn Allah.

Wassalam

Tuesday 21 March 2017

BILA ANAK DEMAM


*"Doktor, Boleh Tak Anak Mandi Ketika Demam?" Baca Jawapan Doktor Ini Untuk Selamatkan Anak Anda!*

Biasanya anda tahu ke bacaan suhu anak demam? Ok, macam mana pula cara anda mandikan anak? Guna air suam atau belasah je dengan air sejuk? Nak tahu jawapan penuh dan cara yang betul, rujuk perkongsian dari Doktor Abdul Rahim Nor ini...

*"Doktor, boleh tak anak saya mandi ketika demam?"*

Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik. Saya rasa adalah tanggungjawab saya memberikan penjelasan di bawah agar anak bangsa saya pandai menjaga anak ketika mereka demam. InshaAllah. Jangan pengaruh orang keliling, tetapi saya berharap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yang betul. Okay?

*1. APA ITU DEMAM?*


Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 36-37.5'C iaitu lebih 37.5'C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini, suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi itu.

Itulah kita sebagai ibu bapa relax sajalah jika bayi itu tetap aktif bermain, minum dan makannya okay. Tak perlu berikan ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

*2. CARA MENURUNKAN SUHU TUBUH BADAN BILA DEMAM*

A) Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletakkan di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam ini dapat membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan suhu panas dari dalam tubuh.

*B) Adalah satu kesilapan jika anda:*

Menggunakan air sejuk, air ais atau ketul ais sebab hal ini bukannya menurunkan suhu tubuh badan tetapi meningkatkan lagi suhu badan kerana iar dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas dibawa darah ke kulit, terhalang.

Apatah lagi bila demam ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kasihan si anak lagi menggigil serta lagi naiklah demamnya. Kalau nak buat ekspirimen,jika kita ibu bapa demam, cuba terus pergi mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar. Apatah lagi nak mandi air sejuk?! Kalau periuk panas dibasuh poun akan berasap. Biar periuk itu sejuk terlebih dahulu, baru basuhkan. Bukan?

*3. BERSELIMUT KETIKA DEMAM*

Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang boleh meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke paras normal

*4. KERAP MINUM AIR*

Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk mengelakkan dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi, maka lagi banyaklah cairan yang keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas.

*5. JANGAN GUNA AIR SEJUK!*

Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas, dibolehkan tetapi air yang digunakan haruslah air yang hangat suam. Jangan gunakan air sejuk. Dengan begitu, tubuh menjadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.

*6. TAK PERLU MAKAN UBAT JIKA ANAK MASIH AKTIF*

Anak tidak perlu makan ubat jika ia demam tetapi boleh makan, minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38'C.

Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih dari dua hari, kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit birit, ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh badan bayi tidak berupaya melawan. Segeralah bawa bayi/anak berjumpa dengan doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.

Nasihat saya, segera rawat demam anak anak. Elakkannya daripada menjadi sawan panas tarik "Fibrile Fit".

*SUPPLEMENT TERBAIK BUAT ANAK*

Anda boleh memberikan anak supplement bagi meningkatkan sistem imun badan mereka. Jika sisitem imun badan tinggi,maka kebarangkalian anak selalu demam berkurang.. Jadi kita sebagai ibu bapa pun tak perlu risau kan..๐Ÿ˜‰

Antara supplemet yang sesuai buat anak-anak..

MEAL SHAKES


Vitalea for children


Omega guard


Saya telah mengamalkan buat dua orang anak saya.. Sebelum ni, boleh kata setiap bulan pasti ke klinik sebab demam. Alhamdulillah selepas saya amalkan supplement ni pada mereka boleh dikira dalam setahun berapa kali je mereka ni ke klinik๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Jadi, buat ibu bapa yang menyayangi dan consent dengan kesihatan anak anak anda, bolehla mencuba berikan.mereka supplement ni.. Saya jamin, anda pasti takkan.menyesal seperti saya..๐Ÿ˜Š



Salam sayang๐Ÿ’œ
Siti Nor Hanisah hadas@hadis
Id : 1183077
Fb : Hanisah Hadis
Ig : hanisah_healthnbeauty
No tel : 019-2085196

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 15 March 2017

KISAH SHAKLEE SAYA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

Assalamualaikum wbth..
Apa khabar sahabat sekalian? lama sangat blog ni menyepi.. nasib baik tak bersawang lagi hehehe..

Hari ini saya rasa nak berkongsi dengan pembaca tentang kisah Shaklee saya..
Saya yang dulunya bukanlah seorang pengamal supplement..sebab tak suka makan ubat.. so kalau sakit baru telan ubat, tu pun culas hehe..

kisah bermula ketika saya melahirkan anak yang kedua secara pramatang.. 27w.. bayangkanlah anak pramatang 27w kan kena duduk dalam incubator, tak pandai lagi nak bernafas sendiri. so baby tak boleh nak direct breast feeding.. 2tahun sebelum tu, saya telah melahirkan anak yang sulong juga pramatang 28w.. waktu tu, sangat perit sebab susu badan tak banyak sehingga terpaksa pihak hospital topup dengan susu formula. jadi, saya tak mahu lagi peristiwa berulang kembali.. sebelum say bersalin, saya dah usha2 produk milkbooster yang dipasaran.. waktu tu takla sebnayak yang ada sekarang.. dan saya tengok banyak sangat review pasal milkbooster shaklee ni.. so saya decide nak cuba shaklee ni..

saya balik sahaja dari hospital, terus saya order dengan kawan saya set menyusu shaklee bajet sebab ketika tu tak bekerja lagi, hanya mampu beli bajet sahaja.. saya ambil Esp, Alfalfa dan Ostematrix..  Alhamdulillah 2hari selepas tu barang smpai.. terus saya consume. apa yang menggembirakan saya, baru 2hari kot minum esp tu 2x sehari.. esoknya pagi subuh, saya pump susu badan dapat sekli pump 2x ganda dari biasa.. selalunya 4oz nak dapat sekali pun susah.. tapi kali ni sehingga 24oz sekali pump.. bila hantar susu ke hospital, dr dan nurse pun terkejut sebab banyak sangat.. sampaikan dr bgtau,perut baby kecil lagi dan baby minum sikit je sekali minum..

bukan setakat tu sahaja saya dapat.. badan lebih bertenaga walaupun saya berulang ke hospital setiap hari.. ketika tu, say berpantang di kg mak, Pasir Panjang, Selangor dan baby di NICU HSB (Hospital Sungai Buloh). hampir setiap hari saya berulang ke hospital, untuk hantar susu dan memberi semangat kepada anak yang berjuang untuk hidup.. Alhamdulillah, saya rasa sangat bertenaga dan mampu lakukan segalanya sendirian..

untuk ibu yang pernah melahirkan anak pramatang mesti faham macam mana keadaan kita yang berpantang tanpa anak disisi kan.. kerana itu juga saya sanggup berulang untuk melawat baby di hospital.. dengan perjalanan yang jauh dan memenatkan, tapi Alhamdulillah, saya tak rasa semua tu.. sehingga mak sendiri tegur memperingatkan diri ini yang sedang berpantang huhuhu..

selain tu, saya juga membuang dengan lawas, tiada rasa takut nak membuang sebab luka jahitan .. luka jahitan pun cepat kering dan cantik je..

bila dah dapat kesan yang begitu menggembirakan, saya terus consume shaklee dan kini anak saya sudah berusia 3 tahun 3bulan dan saya dapat menyusuinya secara ekslusif tanpa tambahan susu formula..Alhamdulillah..

saya juga consume set kecantikan, saya akan ceritakan pada entry tang akan datang ye..


terima kasih sudi membaca..

jika berminat nak mencuba shaklee, jangan segan-segan contact saya..

anda juga boleh klik je ni untuk order sendiri
order disini

Siti Nor Hanisah bt hadas
019-2085196
fb : Hanisah Hadis
ig : Hanisah_healthnbeauty