Wednesday, 15 March 2017

KISAH SHAKLEE SAYA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

Assalamualaikum wbth..
Apa khabar sahabat sekalian? lama sangat blog ni menyepi.. nasib baik tak bersawang lagi hehehe..

Hari ini saya rasa nak berkongsi dengan pembaca tentang kisah Shaklee saya..
Saya yang dulunya bukanlah seorang pengamal supplement..sebab tak suka makan ubat.. so kalau sakit baru telan ubat, tu pun culas hehe..

kisah bermula ketika saya melahirkan anak yang kedua secara pramatang.. 27w.. bayangkanlah anak pramatang 27w kan kena duduk dalam incubator, tak pandai lagi nak bernafas sendiri. so baby tak boleh nak direct breast feeding.. 2tahun sebelum tu, saya telah melahirkan anak yang sulong juga pramatang 28w.. waktu tu, sangat perit sebab susu badan tak banyak sehingga terpaksa pihak hospital topup dengan susu formula. jadi, saya tak mahu lagi peristiwa berulang kembali.. sebelum say bersalin, saya dah usha2 produk milkbooster yang dipasaran.. waktu tu takla sebnayak yang ada sekarang.. dan saya tengok banyak sangat review pasal milkbooster shaklee ni.. so saya decide nak cuba shaklee ni..

saya balik sahaja dari hospital, terus saya order dengan kawan saya set menyusu shaklee bajet sebab ketika tu tak bekerja lagi, hanya mampu beli bajet sahaja.. saya ambil Esp, Alfalfa dan Ostematrix..  Alhamdulillah 2hari selepas tu barang smpai.. terus saya consume. apa yang menggembirakan saya, baru 2hari kot minum esp tu 2x sehari.. esoknya pagi subuh, saya pump susu badan dapat sekli pump 2x ganda dari biasa.. selalunya 4oz nak dapat sekali pun susah.. tapi kali ni sehingga 24oz sekali pump.. bila hantar susu ke hospital, dr dan nurse pun terkejut sebab banyak sangat.. sampaikan dr bgtau,perut baby kecil lagi dan baby minum sikit je sekali minum..

bukan setakat tu sahaja saya dapat.. badan lebih bertenaga walaupun saya berulang ke hospital setiap hari.. ketika tu, say berpantang di kg mak, Pasir Panjang, Selangor dan baby di NICU HSB (Hospital Sungai Buloh). hampir setiap hari saya berulang ke hospital, untuk hantar susu dan memberi semangat kepada anak yang berjuang untuk hidup.. Alhamdulillah, saya rasa sangat bertenaga dan mampu lakukan segalanya sendirian..

untuk ibu yang pernah melahirkan anak pramatang mesti faham macam mana keadaan kita yang berpantang tanpa anak disisi kan.. kerana itu juga saya sanggup berulang untuk melawat baby di hospital.. dengan perjalanan yang jauh dan memenatkan, tapi Alhamdulillah, saya tak rasa semua tu.. sehingga mak sendiri tegur memperingatkan diri ini yang sedang berpantang huhuhu..

selain tu, saya juga membuang dengan lawas, tiada rasa takut nak membuang sebab luka jahitan .. luka jahitan pun cepat kering dan cantik je..

bila dah dapat kesan yang begitu menggembirakan, saya terus consume shaklee dan kini anak saya sudah berusia 3 tahun 3bulan dan saya dapat menyusuinya secara ekslusif tanpa tambahan susu formula..Alhamdulillah..

saya juga consume set kecantikan, saya akan ceritakan pada entry tang akan datang ye..


terima kasih sudi membaca..

jika berminat nak mencuba shaklee, jangan segan-segan contact saya..

anda juga boleh klik je ni untuk order sendiri
order disini

Siti Nor Hanisah bt hadas
019-2085196
fb : Hanisah Hadis
ig : Hanisah_healthnbeauty

No comments:

Post a Comment