Assalam...salam jumaat hari mulia..
Seawal menjelangnya fajar pagi ini, tibalah saat2 yg di tunggu2.. 10 minit sebelum subuh di kira waktu "imsak".. waktu berjaga2 dari makan. In syaa Allah, 2 bulan kurang dua minggu bermulalah puasa di bulan Ramadhan yang suci dan bersih. Sebentar lagi, tibalah pula Rejab dan Syaaban utk berlatih berpuasa bersungguh2. Pada yg mampu usahakanlah, pada yang tidak mampu semua buatlah sebahagian. Yang penting ianya dari hati nurani yg ikhlas dan hanya keranaNya.
Semalam terasa jiwa ini sebenarnya perlu di rawat lagi. Setelah beberapa siri kuliah di sertai tiba2 hadir dlm jiwa "..ahh..banyak sudah majlis ilmu di hadiri". Apatah lagi sebaik balik kerumah saja sibuk melayan permainan dunia yg hebat.. apa lagi kalau bukan TV. Subhanallah.. hanya pada Mu... mohon diperkasakan hati ini utk tidak mengikuti kehendak hati dan ubatilah hati ini semoga cinta dan sayang padaMu sentiasa mekar...Amminn..
Petang semalam, di IkIM spt biasa Ustaz Dasuki bercerita lagi. ceita positif..tentang syurga. insan pertama yang akan masuk syurga adalah nabi Muhamad , kemudian nabi muhammad mengajak Sayyidina Abu bakar bersamanya. selepas itu diikuti, golongan yang masuk syurga tanpa husab. Berdebar2 bila di sebut ustaz meyebut nabi menyebut hanya 70,000 sahaja yang akan masuk syurga tanpa hisab. aduh... sah, tak de peluang. Tapi selepas itu nabi muhammad merayu kpd Allah utk menambah kalangan yg masuk syurga tanpa hisab. Lalu Allah memgizinkan setiap 1 orang dari 70,000 membawa pula 70,000 yang lain. kalau di hitung kosong akan jadi4,900,000,0000 manusia semua nya. ...ahh..bermafas lega. tidak mahu kah kita jadi sebahagian ahli ini. in syaa Allah, esok pqgi kita lihat ciri2 mereka yang masuk syurga tanpa hisab.
Di pagi mulia ini..sama kita bermula dgn sesuatu yang postitf. dan fikir pasal syurga juga positif. Utk diri sendiri saya menyunting bait2 kata cinta buat Allah di petik dari sebahagian dari buku You Are The Best.. sama2lah kita renungi dan perbaiki diri..
☆Bagaimana yang dikatakan cinta kepada Allah? Pernahkah kita bercinta? Apakah emosi atau perasaan orang yang bercinta? Pepatah Melayu menukilkan keadaan orang bercinta begini, "Makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah." Ia bermaksud bahawa orang yang bercinta sentiasa ingat kepada orang yang dicintainya, sentiasa berusaha menggembirakan orang yang dicintai dan sentiasa mengambil perhatian terhadap apa yang disukai oleh orang yang dicintainya.
Adakah kita mempunyai perasaan yang sama dengan Allah, atau perkataan cinta kepada Allah itu cuma di bibir?
Inilah yang disebut dalam hadis, mereka yang telah mendapat kemanisan iman yakni di dalam hidup mereka tiada yang lebih penting dan lebih dicintai melainkan Allah. Kalau kita katakan kita cinta kepada Allah,cuba imbas satu hari dlm hidup kita; berapa kita ingat Allah? Kadang2 kita ingat Allah dlm solat sahaja; itu pun kadang2 lalai juga. Adakah kita tahu yg di sukai Allah secara specific? Adakah kita membuat perancangan utk ' menggembirakan' Allah sepanjang hari●♡
In syaa Allah.. semoga ada manafaat dan sama2 berdoa semoga segala amalan kita sentiasa terarah kpd utk meraih manafaat dunia dan akhirat..setidak tidaknya berusaha bukan sekadar berkata kata2.
Selamat berhari jumaat....dan selamat bercinta dgn Allah.
Wassalam